Monday, July 30, 2012

#1 ; How to make PUDING TELUR

Assalam. Hi there :)

Oleh kerana mood ber-masak-masakan masih ada, so entri kali ni nak bercerita pasal....

HOW TO MAKE PUDING TELUR :)

Sumber: Google

Sebenarnya, ramai orang kat luar sana panggil Puding Telur as Caramel Pudding. Sama je actually. Takde beza pun. Beza dia cuma kat nama Puding Telur kemelayuan sikit, nama Caramel Pudding keomputihan sikit, tu je. Tapi rasa dan struktur dijamin sedap, InsyaAllah :)

Okay, pembuatan atau penghasilan puding telur ni lebih kurang je sebenarnya. Senang dan simple :) Sedap pun sedap. Cuma kena pandai buat je la. Semalam saya dah try dah buat puding telur on my own, tapi bermacam-macam dugaan dapat. Tapi Alhamdulillah, sedap! :) At least, bagi saya dah sedap! Cuma tawar sikit dan gula caramel dia tuh hangus terlebih sikit. Haha :pp Diam ah! Haha

Kalau bagi saya, ada bermacam cara untuk buat puding telur ni. Jom, saya bagi salah satu cara on how to make puding telur. Hikhikhik :')

Bahan-bahan yang diperlukan ialah...

  1. Telur (saiz sederhana besar) - 10 biji
  2. Susu cair (susu kotak pun boleh) - 3 gelas
  3. Susu pekat manis - 10 sudu besar
  4. Tepung kastard - 1 sudu teh
  5. Esen vanila - 2/3 sudu teh
  6. Gula pasir - 1 1/2 gelas
  7. Air panas - 1/2 cawan
Langkah-langkah penyediaan...
  1. Basuh kesemua telur itu dengan bersih agar terjamin kebersihan makanan kita.
  2. Pecahkan telur di dalam mangkuk yang agak besar. 
  3. Pukul telur-telur itu sehingga sebati telur kuning dan putihnya
  4. Tuangkan susu cair dan susu pekat manis ke dalam telur tadi dan kacau sehingga sebati. Kemudian biarkan di tepi seketika.
  5. Campurkan tepung kastard ke dalam cawan yang mengandungi air panas itu. Kacau sehingga semua tepung itu larut dengan sempurna.
  6. Setelah itu, tuangkan sebatian kastard itu ke dalam campuran telur dan susu tadi. Kacau sebati.
  7. Tuangkan pula esen vanila ke dalam campuran bahan-bahan tadi. Kacau sehingga sebati sekali lagi kemudian letak di tepi sekejap.
  8. Panaskan kuali/periuk kecik atas api yang kecik atau sederhana. 
  9. Tuangkan gula kita ke dalam periuk tadi, kacau sehingga gula cair dah larut dan bertukar menjadi warna kuning beige.
  10. Padamkan api tapi teruskan kacau gula tersebut sehingga ia menjadi warna perang sedap dan cantik :)
  11. Tuangkan gula caramel yang masih panas itu ke dalam bekas kaca tahan panas atau loyang.
  12. Tuangkan pula campuran susu dan telur kita tadi ke dalam bekas kaca tahan panas atau loyang yang dah ada caramel di dasarnya itu. 
  13. Kukuskan ia di dalam periuk kukus selama dalam 20 minit. 
  14. Bila dah masak, boleh sejukkan pada suhu bilik dan lepas itu letakkan di dalam peti sejuk untuk chill-kan dia. 
  15. Sedap kaannnn ? Hahaha :pp
Okaylah, selamat mencuba. Ececeeehhh Hahaha Diam ah! :pp

Nighty night. :)

No comments: