Tuesday, May 28, 2013

Redha

Sesungguhnya janji Allah itu pasti.

Jika dia adalah jodoh kamu, walau dibolak-balikkan dunia sekalipun, dihalang dengan lautan api sekalipun, dijenuhkan dengan payah yang teramat sekalipun -- dia akan TETAP jadi jodoh kamu. Hanya masa yang jadi penentu. 

Jangan pertikaikan kenapa belum tiba jodoh kamu, kenapa bukan dia jodoh kamu, kenapa setelah sekian lama berkasih-sayang -- kamu tetap sendirian. Tetap seorangan. Tetap menanti. Tetap menunggu. 


Jika telah tertulis di takdirmu, dia adalah jodohnya kamu, jangan risau, jangan galau, jangan gentar menanti -- kerana Allah lebih mengerti, bila detik yang sesuai dia dan kamu bersatu.

Jika telah tertulis di takdirmu, dia bukan jodohnya kamu, jangan sedih, jangan kecewa, jangan merana punah harapan -- kerana Allah lebih mengerti, siapa yang terbaik buat diri kamu.


Ya. Walau sekian lama kamu dan dia berjanji setia, berkasih mesra, tapi di akhirannya dia bukannya kamu punya -- maka, teruskan perjalanan kamu, teruskan cita-cita kamu, teruskan hembusan nafas kamu. Kerana Allah itu adalah sebaik-baik perancang.

Ya. Kamu akan menjadi runtunnya jiwa, hancurnya hati, punahnya raga. Tapi bersabarlah wahai hati -- kerana Allah itu akan tetap ada.

Ya. Airmatanya kamu akan sentiasa runtuh dari matamu, nadinya kamu akan menjadi tidak keruan, fikirannya kamu akan menjadi tiada arah tujuan. Tapi bersabarlah wahai hati -- kerana Allah itu akan tetap setia dengan kamu.


Memang payah untuk diteruskan hati tanpa dirinya dia. Memang susah untuk diteruskan fikiran tanpa dirinya dia. Tapi sayang, cekalkan hati kamu, teguhkan jiwa kamu. Ini hanya ujian dunia. Tandanya Allah sayang pada kamu.


Bersabarlah wahai hati -- Bersabarlah.
Redhalah dengan segala apa -- Redhalah.

No comments: