Friday, September 5, 2014

Merajuk, terkecil hati, tersinggung atau mungkin saja emo?

Salam.

Hari ni something menakutkan jadi. Yat tiba-tiba tak layan kitorang. Whatsapp tak reply pun, padahal dia online. Sebab dia merajuk kot. tsk tsk 

Kisahnya...

Kitorang tengah berbincang pasal plan esok. Nak pergi jumpa Nad kat Mid Valley, sekali dengan join Career Fair. Pika tanya dia boleh tak kalau dia datang naik KTM je, so that pika tak payah pergi Bangi ambil dia. Sebab malas pulak rasa nak drive esok, fikir nak naik public transport je. Then Yat cakap boleh tapi kena balik awal la, sebab dia parking motor kat KTM Bangi and from there to her house ambil masa like 15 minutes jugak la nak sampai bila naik motor. Dengan jalan gelap, plus sunyi, plus dia seorang diri, memang creepy lah kan. Yat dah la bawak motor bersopan santun hehe.

Bila fikir balik, macam tak best lah kalau kena balik awal. Sebab we're talking about Nad here, NAD! Dia tu raja sikit, nak jumpa kena buat appointment. So memang payah sikit jumpa, plus dah berzaman tak jumpa, plus ada banyaaaaaak story nak ber'cerita' kat dia (kitorang tak gosip, kitorang budak baik, thank you). So I was thinking of just go to Bangi and pick her up and go to Mid Valley togethah gethah, like a sweet happy couple. 

But before I could even tell her that, Yat cakap "tak payah la saya pergi". Boom! Tertepek kat muka ni, and terus rasa annoyed dengan ayat tu (ayat je ye, bukan Yat, thank you). Sebab pika jenis menyampah dengan ayat H ni. 

****************

Apa itu ayat H? 

Ayat H adalah apabila anda menginginkan sesuatu, tetapi anda malu-malu atau saja-saja mintak simpati, jadi anda cakap yang anda tidak inginkan sesuatu itu lagi. Padahal pada asalnya, pihak yang ingin memberikan anda apa yang anda inginkan memang sudah bersedia untuk berikan apa yang anda inginkan. Malah pihak tersebut juga tidak merasakan yang dia akan mengalami kesusahan sedikit pun dari tindakannya yang ingin memberikan anda apa yang anda inginkan. Tetapi anda tetap cakap yang anda tidak inginkannya. 

Faham? Bagus.

****************

Sambung cerita....

Jadi setelah Yat cakap macam tu, pika pun balas "Saya malas nak layan orang yang cakap ayat ayat H ni. *muka annoyed*" Dan Yat reply "Ok hahahaha". Jadi pika pikir takde apa apa, tetapi ternyata Yat terkecil hati, ter-emo sekejap. Sebab selepas dua tiga ayat lagi lepas tu (ayat Lisa dan mine yang berbaur gurauan dan pernyataan tentang betapa pika tak gemar ayat H ni), yat reply "Ok" dan tak reply apa apa dah. Walaupun kitorang tulis banyak banyak. Nampak tak betapa dia terkecil hati di situ? 

Lama jugak kejadian Yat-tak-reply-whatsapp-sebab-dia-terkecil-hati ni berlaku. Sampaikan pika and Lisa memang dah cuak and sedih and takut and gabrah. tsk tsk. Macam macam kitorang tulis tapi Yat masih berhati keras takmau layan kitorang. Sedih kan? Tetapi, setiap kisah sedih ada happy ending-nya kan? Jadi, Alhamdulillah, emo Yat tak lama and kitorang bertiga sudah kembali okay. hehe yeayyyy :D

Jadi esok, iolls akan pergi ambil dia dan surprise kan dia. kekeke Taknak bagitahu dia yang pika nak pergi ambil dia, saja surprise. Sekali dia baca blog ni kan, mampuih kantoi trang tangtang. Haha

Bila difikirkan, rasanya ini adalah kali pertama Yat merajuk sebegini rupa. Lisa pun dulu pernah merajuk jugak. Pika ingat lagi, masa tu kat Port Dickson. And it all happened because I was stupid, yes I was. I neglected her and Idin yang tengah mengejar banana boat untuk kitorang, dan tinggalkan je dia kat pantai while the rest of us went back to the hotel and siap siap untuk gerak balik (kalau tak silap). Dia balik ke hotel marah marah and merajuk (siapa tak marah wey diperlakukan sebegitu, and siapa tak merajuk wey best friend slash roommate sendiri tinggalkan macam tu je). I understand her. And I admit it was my fault. 

But then, Alhamdulillah, Lisa being Lisa, she has the purest heart. Dalam bas, dia datang to me and I apologized to her and kitorang pun okay dah. hehe yeayyyy :D And our friendship went on stronger since that day, I learned to not do bullshit to my own best friends and to care them more than ever. 

At Lisa's wedding. Yat, Lisa and me. Kami punyai satu persamaan -- hidung jambu air.

Serius, bila best friends sendiri merajuk, masyaAllah, sedih dan payahnya lah hai. Sebab among of all people in the world, the only ones who know you like your parents do, terkecil hati with you (in my case, they know better). It's terrible, trust me. 

****************

Don't break your best friends' hearts. They have only one heart. They will forgive you eventually, but they will remember it for the rest of their lives.

Break their bones instead, they have many. And they will always forgive you and even laugh at themselves. :p


No comments: